Ahad, 15 Mac 2015

monolog..

dulu-dulu masa zaman belum reti memandu tapi dah reti duduk sebelah pemandu, aku selalu kagum bila ada orang boleh memandu jarak jauh. nak-nak yang pergi-balik dalam sehari.

"tak penat ke?". monolog aku.

sama jugak bila dengar orang cerita berulang alik jauh semata-mata pergi kerja. sama aje monolog aku. selalu tak terluah. tanya diri sendiri dalam hati aje. tanpa jawapan..

tapi bila aku sendiri yang mengalami, aku rasa bersyukur gila!!

sebab.. aku dah tahu jawapannya!! hahaha!!

Ahad, 15 Februari 2015

palsu..

bila tempat kau bergantung harap semakin rapuh..

masihkah kau disitu menanti..

dan bila segala yang kau katakan "tidak" jadi realiti..

apa kau masih sanggup memalsukan diri??

Khamis, 22 Januari 2015

lupa..

setahun lebih kot aku lupa aku ada blog.. hehe.. sorry..

naseb aku test pasword tadi betul.. hihi..

btw, aku nak bagitau yang aku ni ada amik uaph jahit manik skit2. isi masa lapang..

kalau nak try boleh je.. komen kat entri ni..

insya allah puas hati..

chiow!!

Rabu, 18 Disember 2013

assalamualaikum..

assalamualaikum..

mungkin ada yang cakap blog ini cuma menempel dalam dunia blogger ni.. dah berjuta blog yang ada. lagi-lagi blog yang pesen 'cari makan' ni..

tapi tak mengapa.. asal niat dihati tu betul, mungkin nanti ada yang menghargai..

salam perkenalan dan selamat mengikuti blog ni!!

terima kasih ^_^